Pages

Saturday, May 16, 2015

India sangkal monumen cinta makin kuning

New Delhi: Kerajaan India semalam menyangkal dakwaan Taj Mahal, satu daripada tujuh keajaiban dunia semakin kuning.
Menteri Kebudayaan Mahesh Sharma dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam juga menolak dakwaan kononnya monumen marmar itu semakin buruk disebabkan pencemaran udara di kawasan sekeliling.
“Pihak berkuasa tempatan mengambil langkah untuk mengurangkan pencemaran udara di sekitar Taj Mahal. Lembaga Survey Arkeologi India (ASI) juga mengawasi kualiti udara di kawasan sekeliling dan memberi tumpuan terhadap usaha memulihara monumen itu,” kata Sharma.
Dalam pada itu, dia juga menafikan tuduhan kononnya ASI mendapatkan khidmat pakar antarabangsa untuk kerja memulihara bangunan berusia 366 tahun itu.
“Kerja memulihara sentiasa dilakukan dan dipantau oleh ASI. Apabila perlu, nasihat diminta daripada agensi kerajaan di negara ini bagi memastikan keadaan monumen itu sentiasa terpelihara,” kata menteri itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 8:53 AM


KERAJAAN nafi bangunan Taj Mahal makin kuning.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50969#sthash.70wZHqjx.dpuf

No comments: