Pages

Tuesday, April 7, 2015

Mengidam makan batu

London: Ketika mengandung, si ibu biasanya mengidam pelbagai jenis makanan yang enak atau yang sukar didapati.
Bagaimanapun, seorang wanita di sini mengidam sesuatu yang sangat pelik ketika mengandung apabila dia ketagih memakan batu.
Silvia berkata, ketagihan peliknya itu bermula ketika kehamilannya berusia lapan bulan apabila dia berasa sangat berselera melihat batu kecil di tepi jalan.
“Saya kemudian mengambil beberapa batu kecil dan terus memakannya seperti makanan biasa.
“Sejak itu saya semakin ketagih memakan batu dan sering berjalan di luar rumah bagi mencari batu untuk dimakan,” katanya.
Ujarnya, dia sering sakit perut kerana terlalu banyak makan batu sehingga menyebabkan suaminya, Estevan bimbang.
“Saya sangat risau dan bimbang tabiat pelik saya itu boleh menjejaskan kesihatan bayi saya,” ujarnya ketika ditemui.
Tambah Silvia, keadaan itu menyebabkan dia sering berkurung di dalam rumah kerana bimbang tidak dapat mengawal ketagihannya jika berada di luar.
“Saya tidak boleh melalui kawasan pembinaan kerana batu yang banyak di lokasi itu menyebabkan saya tidak dapat mengawal diri,” jelasnya.
Menurutnya, ketagihan peliknya itu hilang selepas dia melahirkan bayi lelakinya baru-baru ini.
“Berat anak saya berada di bawah paras normal ketika dilahirkan dan itu berpunca daripada masalah kekurangan zat makanan.
“Bagaimanapun, doktor memberitahu bahawa anak saya sihat dan tidak mengalami sebarang kompilasi,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 5:33 AM


SILVIA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41788#sthash.5pNvRXnQ.dpuf

No comments: