Leo. - Sumber foto GoFundMe/Bring Leo Home
Leo. - Sumber foto GoFundMe/Bring Leo Home
YEREVAN - ARMENIA. Buat pertama kali, seorang lelaki diceraikan isterinya yang tidak mahu menerima kehadiran anak kandung mereka kerana bayi tersebut disahkan menghidap sindrom down.

Memetik laporan Metro.co.uk, isterinya bertindak mengakhiri perkahwinan mereka selepas Samuel Forrest menerima baik kehadiran bayi itu.

Bagaimanapun Ruzan yang terlalu malu untu menjadi ibu kepada bayi istimewa bernama Leo itu bertindak mahu memutuskan perkahwinan mereka.

“Doktor di hospital juga memberitahu saya, isteri tidak mahu menjaga anak kami dan meminta Leo diletakkan di bawah jagaan jururawat.

“Dia memfailkan proses perceraian kami seminggu selepas melahirkan Leo, sejurus selepas saya memberitahunya bahawa saya ingin menjaga anak kami,” katanya.

Forrest kini menubuhkan laman web bagi memohon bantuan derma daripada orang ramai untuk membolehkannya keluar dari timur Eropah dan pulang ke New Zealand untuk menjaga Leo.