Pages

Thursday, September 6, 2012

Jauhi rakan suka makanan tak sihat

London: Makan bersama seorang rakan boleh menjejaskan seseorang yang sedang mengamalkan diet sebaliknya boleh menyebabkan seseorang itu memilih makanan yang tidak sihat menyebabkan orang berkenaan bertambah berat badan, menurut satu kajian.

Penyelidikan itu diketuai oleh Eric Robinson, pakar psikologi di Universiti Birmingham yang percaya hasil kajian itu boleh menerangkan mengapa sekumpulan rakan sering kali mengalami berat badan dalam masa yang sama.
Tiru tabiat makan

Ia juga menjelaskan mengapa wanita mengadu mereka menjadi semakin gemuk apabila menemui teman lelaki yang berpunca daripada sikap mereka mula meniru tabiat makan rakan-rakan atau pasangan masing-masing.

Ada banyak bukti mengenai pendapat bahawa tabiat makan rakan-rakan anda menjadikan anda gemuk.

Jika anda mempunyai rakan atau orang yang anda kenali mengalami kenaikan berat badan, maka anda juga akan mengalaminya.

Kurang ambil makanan sihat
Kami juga mendapati bahawa apabila seseorang itu berkawan dengan seseorang yang memilih makanan tidak sihat, mereka kurang mengambil makanan sihat.

Mereka lebih cenderung memilih makanan yang mempunyai kadar kalori yang tinggi, tambah Robinson, yang dipetik Journal of Nutrition.

Hanya orang yang sedar mengenai kesan ini akan lebih sedar dan mengawal apa yang mereka makan.

Malah, mereka juga akan melihat kepada menu dan cuba untuk memutuskan apa yang mereka makan sebelum bersama orang yang dapat membantu untuk mengelak mereka daripada terpengaruh, kata Robinson yang turut dipetik The Telegraph.

Penyelidik melakukan kaji selidik terhadap 100 sukarelawan wanita dengan memilih pilihan makanan yang sihat mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran atau makanan tidak sihat seperti kerepek, pastri dan sosej koktail.

Mereka mendapati, apabila makan bersama dengan seseorang yang memilih makanan tidak sihat, sukarelawan terbabit juga akan memilih benda yang sama berbanding apa yang mereka nikmati ketika bersendirian atau bersama seseorang yang mementingkan pemilihan makanan sihat.

Penulis bersama kajian, Suzanne Higgs, berkata: Kajian ini menggariskan tabiat sosial makan dan bagaimana ia mempengaruhi sikap kita.
Agensi

1 comment:

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Nabi s.a.w mengajar ita betapa pentingnya berjamaah. Bukan sahaja solat dan bermsyarakat, bahan makanpun ditekankan untuk berjemaah.

Maka pilihlah rakan betul. Agar apa yang kita makan bukan sahaja tidak memudaratkan. Jauh dari itu ia mestilah halal dan bebas syubhah.

Makan berseorangan bukanlah pilihan terbaik.

Carilah rakan dan didiklah mereka