Pages

Thursday, September 6, 2012

Lelaki China telan berlian RM42,000

COLOMBO; Seorang lelaki warga China ditangkap semalam kerana cuba mencuri sebelum dibawa ke hospital dan diberi makan julap setelah dia menelan sebutir berlian bernilai hampir RM42,000 di pameran batu permata di ibu negara Sri Lanka ini.
Lelaki berusia 32 tahun itu meminta kebenaran pemilik gerai untuk melihat lebih dekat berlian itu pada hari pembukaan Facets Sri Lanka, pameran tahunan barang kemas.

“Dia mengambil berlian itu daripada kabinet pameran dan kelihatan seolah-olah mengamatinya tetapi secara tiba-tiba memasukkannya ke dalam mulut. “Pemilik terbabit melihat perbuatan itu dan melaporkannya kepada kami,” kata polis.

Menurutnya, lelaki itu ditangkap dan dibawa ke Hospital Kebangsaan Colombo untuk diberikan makan julap.

Seorang jurucakap hospital berkata, ujian sinar-X mengesahkan sesuatu seperti batu di dalam perutnya. - AFP

No comments: