Pages

Sunday, December 2, 2012

Penyokong Mursi pula berhimpun

Penyokong Mursi pula berhimpun - Global - Sinar Harian:

Penyokong Mursi pula berhimpun
Lelaki ini mengangkat gambar Mursi tanda sokongan.
KAHERAH - Ribuan penduduk Mesir yang menyokong Presiden Mohammed Mursi, berarak menuju ke Dataran Tahrir sambil membawa bendera negara dan gambar pemimpin kesayangan mereka, semalam.

Kumpulan besar terdiri daripada pengikut Ikhwanul Muslimin itu, berharap kehadiran mereka tidak akan mengundang kekecohan pihak pembangkang.

Pada minggu lalu, ratusan ribu penduduk Mesir memenuhi kawasan Dataran Tahrir bagi menentang dekri diluluskan sendiri oleh Mursi yang memberi kuasa lebih luas kepadanya.

Susulan itu, Mursi menjawab tindakannya bagi menghalang kuasa mahkamah yang diketuai bekas rejim terdahulu melambatkan proses demokrasi negara.

"Kami sentiasa menyokong keputusan Presiden," kata lelaki di luar Universiti Kaherah sambil berarak.

Perhimpunan besar-besaran semalam, turut bertujuan menyatakan sokongan terhadap sebahagian draf Perlembagaan yang diluluskan oleh panel khas dilantik presiden pada Jumaat lalu. - AP

'via Blog this'

No comments: