Pages

Sunday, December 2, 2012

49 terbunuh letupan di Iraq

49 terbunuh letupan di Iraq:


Keadaan kerosakan akibat dua letupan bom di tepi jalan yang menjadikan pengikut Syiah sebagai sasaran di bandar Hilla dekat Baghdad mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang, semalam. - AFP
BAGHDAD 29 Nov. - Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh dan lebih 150 lagi cedera dalam beberapa siri letupan bom di Iraq hari ini, yang disasarkan ke atas pengikut Syiah.
Laman web bebas, Al Sumaria News melaporkan di bandar Hilla, 100 kilometer di selatan Baghdad sahaja kira-kira 35 penduduk maut manakala 120 lagi cedera selepas letupan bom berkembar berlaku di bandar itu.
Katanya, kejadian berlaku ketika orang ramai sedang berkumpul untuk menghadiri upacara pengikut Syiah iaitu Hari Asyura.
Selain itu, sembilan dilaporkan terbunuh dan kira-kira 30 lagi cedera apabila satu letupan bom kereta berlaku di bandar Karbala, 118 kilometer di selatan Baghdad.
Dalam pada itu, seorang pengebom berani mati terbunuh selepas meletupkan dirinya di tengah-tengah sekumpulan tentera, sekali gus mengakibatkan tiga anggota tentera terkorban dalam kejadian di Fallujah.
Selain itu, seorang penduduk dan seorang anggota polis terbunuh di Mosul setelah sebuah kereta yang di letakkan di situ meletup. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121130/lu_02/49-terbunuh-letupan-di-Iraq#ixzz2DsTee9vD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

No comments: