Pages

Sunday, December 2, 2012

Cerita kiamat kaum Maya karut: Nasa

Cerita kiamat kaum Maya karut: Nasa - Global - Sinar Harian:

David Morrison
David Morrison
WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) mengeluarkan amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21 Disember ini berdasarkan perkiraan kalendar kaum Maya.

Astrobiologi Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia.

Menurut Nasa, pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang bimbang mengenai perkara itu.

"Sebahagian daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup membunuh diri," kata Morrison melalui rakaman video dimuat naik Nasa ke dalam Google, Rabu lalu.

"Menerusi cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah planet asing bernama Nibiru yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan memusnahkan Bumi pada tarikh itu.

"Jika Nibiru atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas," kata Morrison.

Morrison turut menyangkal khabar angin bahawa medan magnetik Bumi akan terbalik secara tiba-tiba dan planet ini akan memasuki lohong hitam yang wujud pada pusat Bima Sakti. - MailOnline

'via Blog this'

No comments: