Pages

Monday, September 3, 2012

Kepingan keju berusia 40 tahun dijual di Milwaukee




KEJU yang berusia 40 tahun.


MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Seketul keju cheddar yang berusia 40 tahun dijual sebanyak AS$10 (RM31.13) untuk setiap 28.34 gram (g), lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Keju itu ditemui seorang peniaga keju di sini, Edward Zahn yang berusia 73 tahun.
Dia menemui keju tersebut di dalam sebuah kotak kayu di dalam kedainya.
Zahn kemudian menjual keju tersebut kepada seorang lagi peniaga keju, Ken McNulty di sini.
Dia enggan mendedahkan harga jualan itu.
Bagaimanapun, McNulty kemudian membuat tawaran kepada orang ramai bahawa dia menjual keju tersebut pada harga AS$10 untuk setiap 28.34g. - Agensi

No comments: