Pages

Thursday, August 2, 2012

Mursi bebaskan penentang kerajaan Mesir

KAHERAH: Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi Isa membebaskan sekumpulan aktivis Islam yang dipenjarakan atas kesalahan militan di era Hosni Mubarak, kata peguam semalam.
Peguam untuk 17 aktivis terbabit berkata, pembebasan itu dibuat selepas Mohamed Mursi mengeluarkan pengampunan ke atas mereka.

Sebahagian besar tahanan terbabit dipenjara sejak 1990-an dan sekurang-kurangnya tiga daripada mereka pernah dikenakan hukuman mati.
Katanya, antara tahanan yang dibebaskan itu adalah anggota Gama’a al-Islamiya yang memberontak pada 1990-an dan kumpulan Jihad Islam - pertubuhan bertanggungjawab dalam pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Pengampunan itu menampakkan usaha Mohamed Mursi memenuhi tuntutan kumpulan Islam yang memberi sokongan kepadanya dalam pilihan raya lalu selepas berjanji untuk melaksanakan undang-undang Islam. Mohamed Mursi juga berdepan gesaan aktivis Islam supaya membebaskan berpuluh-puluh tahanan lain yang dipenjara pasukan keselamatan yang tidak sehaluan dengannya. - Reuters

No comments: