Pages

Thursday, August 2, 2012

6 juta tunai ibadah umrah

Umat Islam berbuka puasa di  Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh  pada hari pertama Ramadan 20 Julai lalu. - Foto REUTERSUmat Islam berbuka puasa di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh pada hari pertama Ramadan 20 Julai lalu. - Foto REUTERS
Pihak berkuasa lanjutkan khidmat agensi untuk jemaah 

Jeddah: Kira-kira enam juta umat Islam dengan 4.8 juta daripada mereka jemaah warga asing menunaikan ibadat umrah tahun ini, menurut Menteri Haji Bandar Hajar. 
Beliau membuat kenyataan itu selepas memeriksa perkhidmatan yang dilanjutkan kepada jemaah oleh pelbagai agensi kerajaan di Makkah. 

Sejak awal 2012, lebih 2.57 juta jemaah asing tiba di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz (KAIA), kata satu laporan statistik. 

“Sekurang-kurangnya, 2,573,627 jemaah tiba dalam 16,419 penerbangan sejak bermula Rabiulawal 1433 hijrah,” kata laporan, menambah bahawa 2,572,175 jemaah meninggalkan negara itu. 

Jumlah penerbangan 

Pada Isnin saja, 22,059 jemaah tiba di lapangan terbang dengan menaiki 125 penerbangan, kata laporan. 
Pada hari sama, 16,276 jemaah meninggalkan negara itu untuk pulang ke negara masing-masing. 

Khaled Al-Khaibary, jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata KAIA membuat urusan diperlukan untuk menerima dan menghantar pulang jemaah yang semakin meningkat. 

Ibadat umrah boleh dilakukan umat Islam sepanjang tahun. Dalam bahasa Arab, umrah bermaksud “melawat tempat yang berpenghuni.” 

Dari segi syariah, umrah bermaksud melakukan tawaf di sekitar Kaabah dan saie antara Safa dan Marwah selain berpakaian ihram dari Miqat seperti Zu ‘l-Hulafa, Juhfa, Qarnu 'l-Manzil, Yalamlam, Zat-i-'Irq, Ibrahim Mursia, atau tempat di atas bukit. 

Ia kadang kala digelar “ibadat haji kecil” oleh kerana ibadat Haji adalah wajib bagi umat Islam yang berkemampuan. 

Waktu puncak mengerjakan umrah adalah beberapa hari sebelum, ketika dan selepas musim Haji pada Aidiladha di samping 10 hari terakhir Ramadan. - Agensi

No comments: