Pages

Thursday, August 16, 2012

Krisis Syria: 4 negara Arab gesa rakyatnya keluar Lubnan

RIYADH - Empat negara Arab telah menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu ekoran tanda-tanda bahawa konflik di Syria, yang berlarutan lebih 17 bulan, akan merebak ke negara-negara jiran sebelah barat.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Kuwait menggesa tindakan segera diambil susulan siri kejadian penculikan golongan Sunah oleh kumpulan Syiah.

Lubnan merupakan salah satu destinasi tumpuan rakyat Saudi dan negara-negara Teluk.

Arab Saudi, Qatar dan Turki, yang rakyatnya terdiri daripada golongan Sunah, menyokong pemberontak kumpulan Syiah yang menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Penculikan dikecam oleh Perdana Menteri Lubnan, Nagib Mikati dan Presidenya, Michel Suleiman.

No comments: