Pages

Thursday, August 16, 2012

Iran dituduh dalangi militan pro-Assad


Iran dituduh dalangi militan pro Assad
Panetta (kiri) semasa mengadakan sidang media mengenai dakwaan terhadap Iran.
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) secara terbuka menuduh Iran mendalangi penubuhan kumpulan militan prokerajaan di Syria, semalam.

Menurut Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta, Iran didakwa memberi latihan serta senjata api kepada pejuang- pejuang tentera bebas Syria.

"Jelas sekali Iran memainkan peranan penting di Syria dalam banyak cara," katanya pada sidang media di Washington dengan pengerusi ketua staf, Jeneral Martin Dempsey.
Kata Panetta, kehadiran Iran hanya akan memburukkan keadaan di negara itu dengan mendedahkan bukti yang dianggap benar mengenai Pengawal Revolusi Iran kini sedang cuba membangunkan dan melatih seorang militan agar Syria mampu menentang bagi pihak rejim.

Dalam pada itu, keganasan masih berterusan di Syria sehingga semalam yang mana satu letupan bom berhampiran hotel diduduki kumpulan pemerhati Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di bandar Damsyik dan mencederakan tiga orang.

No comments: