Pages

Thursday, August 16, 2012

FSA letupkan lori tangki untuk sasar pegawai tentera


DAMSYIK: Satu letupan bom menggegarkan tengah Damsyik semalam ketika Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersedia menggantung keanggotaan Syria.
Letupan semalam membabitkan sebuah lori tangki minyak yang diletakkan di luar sebuah hotel didiami pemantau PBB di Syria serta ibu pejabat tentera kerajaan.

Tiga orang awam dilaporkan cedera. Tentera Pembebasan Syria (FSA) mengaku menyasarkan mesyuarat operasi tentera dan militia prokerajaan. Sementara itu, OIC bersedia membuat keputusan dalam sidang kemuncak hari ini bagi menekan rejim Bashar walaupun dibantah Iran. - AFP

No comments: