Amaran Israel buat Iran dan Syria
Peluru berpandu balistik Arrow II
BAITULMUQADDIS - Israel mengumumkan sedang melakukan kerja menaik taraf peluru berpandu balistik Arrow II dan mendapat sokongan padu daripada Amerika Syarikat (AS) bagi menentang Iran, Syria serta musuh-musuhnya di daerah lain, semalam.

Menurut pegawai pertahanan kanan Israel, roket pemintas terbaru iaitu Block 4, radar dan beberapa teknologi untuk menyelaras Arrow II dengan sistem AS telah dipasang dan dijangka siap dalam beberapa minggu dari sekarang.

"Ia sebahagian daripada perlumbaan teknologi di rantau ini," kata pegawai Arrow yang telah beroperasi sejak 12 tahun lalu yang direka meletupkan peluru berpandu baru pada jarak tertinggi bagi sesebuah torpedo bukan konvensional hancur dengan selamat.

Terdahulu, Israel dilihat agak gentar apabila mengetahui negara musuhnya Iran sedang melaksanakan program nuklear namun kini sekali lagi rejim berhadapan situasi sama susulan pemberontakan di Syria yang mungkin menjatuhkan Damsyik melalui senjata kimia serta peluru berpandu taktikal Scud.

Israel mengeluarkan ancaman menyerang kedua-dua negara itu dengan niat mencetuskan peperangan lebih besar selain pertembungan usaha-usaha negara barat yang kononnya mahu menyelesaikan krisis secara diplomatik.

Pada minggu lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta mendakwa Arrow II adalah sejenis peluru pemintas Israel yang direka untuk menghalang peperangan.