Pages

Tuesday, July 31, 2012

Tentera Syria ‘tawan’ kubu FSA




         
DAMSYIK: Tentera Syria semalam menawan kembali sebahagian daripada kawasan Salaheddin yang dikuasai pemberontak di Aleppo, kata sumber keselamatan.

Katanya, tentera kerajaan juga meneruskan serangan ke atas pemberontak di bandar yang paling padat penduduk di Syria itu.


Bagaimanapun, ketua Tentera Pembebasan Syria (FSA), Abdel Jabbar al-Oqaidi, menafikan laporan berkenaan dan menegaskan, tentera kerajaan “tidak mara walaupun satu meter” ke kawasan mereka. “Kami melancarkan serangan baru dari Salaheddin ketika malam dan memusnahkan empat kereta kebal,” katanya. Menurut Abdel Jabbar, sejak Aleppo digempur tentera rejim Bashar al-Assad Sabtu lalu, FSA mematahkan tiga serangan di Saleheddin dan pemberontak juga menguasai antara 30 hingga 40 peratus Aleppo. - AFP

No comments: