Pages

Tuesday, July 31, 2012

370 juta bergelap


Penumpang menunggu di sebuah stesen kereta api di pinggir New Delhi selepas perkhidmatan terhenti berikutan bekalan elektrik terputus semalam. - Foto AFP
Penumpang menunggu di sebuah stesen kereta api di pinggir
 New Delhi selepas perkhidmatan terhenti berikutan
bekalan elektrik terputus semalam. - Foto AFP

Utara India alami masalah bekalan elektrik terburuk
New Delhi: Sistem penyambungan bekalan tenaga elektrik di seluruh utara India lumpuh semalam, menyebabkan lebih 370 juta penduduk terpaksa bergelap dalam satu daripada masalah tenaga elektrik terburuk sejak beberapa dekad lalu, kata pihak berkuasa.
Beratus-ratus kereta api termasuk Rangkaian Metro di ibu kota India terpaksa memberhentikan perkhidmatan manakala hospital menggunakan generator, apabila sistem penyambungan bekalan di bahagian utara negara itu tiba-tiba gagal berfungsi kira-kira jam 2.30 pagi, selepas tidak lagi mampu menampung permintaan berlebihan ketika musim panas.

Menjelang lewat pagi, 60 peratus bekalan kuasa dipulihkan di lapan negeri utara terjejas akibat terputus bekalan”. - Sushil Kumar Shinde, Menteri tenaga
Bandar bertukar gelap

Penduduk terjaga daripada tidur apabila kipas dan penghawa tidak berfungsi sebelum keluar rumah dalam keadaan panas di ibu kota ini ketika keseluruhan bandar bertukar gelap.

“Menjelang lewat pagi, 60 peratus bekalan kuasa dipulihkan di lapan negeri utara yang terjejas akibat terputus bekalan,” kata Menteri tenaga Sushil Kumar Shinde.

Bekalan di sebahagian lagi wilayah, dijangka kembali pulih menjelang lewat tengah hari, katanya, menambah bahawa beliau membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu.
Kegagalan itu adalah kali pertama sejak 2001 ketika sistem penyambungan gagal berfungsi. Namun permintaan untuk bekalan elektrik di India semakin meningkat sejak ekonomi bertumbuh mendadak.

Sebagai tambahan, musim monsun menyebabkan suhu bertambah tinggi tahun ini, menambah penggunaan elektrik ketika penduduk mahu menyejukkan diri.

Menteri kuasa di Uttar Pradesh, Shivpal Singh Yadav, kediaman 200 juta penduduk, berkata ketika permintaan waktu puncak mencecah 11,000 megawatt, negeri itu hanya mampu menyediakan 9,000 megawatt.

Sistem bekalan lumpuh kerana sesetengah negeri jelas mengambil lebih banyak tenaga berbanding yang dibenarkan bagi memenuhi permintaan musim panas, kata ketua Uttar Pradesh Power Corporation, Avnish Awasthi.

Grid elektrik usang

Bekalan elektrik terputus kerap berlaku di kebanyakan bandar di India kerana kekurangan bekalan dan sistem grid elektrik usang. Pada masa sama, puluhan juta penduduk tinggal di perkampungan di utara India tiada capaian kepada grid elektrik sama sekali.

Awal bulan ini, orang ramai yang berang menyekat lalu lintas dan bertembung dengan polis selepas bekalan elektrik terputus di pinggir Delhi di Gurgaon yang menempatkan kebanyakan blok pangsapuri dan pejabat tinggi. Tanpa bekalan elektrik di beberapa kejiranan lebih 24 jam, orang ramai mendirikan halangan yang melumpuhkan lalu lintas selama beberapa jam.

50 peratus kehilangan agihan dan transmisi sesetengah negeri disebabkan kecurian dan kecuaian kakitangan dalam industri jana kuasa. - AP/Agensi

No comments: