Pages

Sunday, July 8, 2012

Rakyat Libya mula undi dalam PRU bebas pertama

Rakyat Libya mula undi dalam PRU bebas pertama
Seorang rakyat Libya menunjukkan tanda kemenangan ‘V’ selepas mengundi di sebuah stesen pengundian di Tripoli, Libya hari ini. – Foto EPA
TRIPOLI - Rakyat Libya keluar mengundi hari ini pada pilihan raya bebas yang pertama dalam lima dekad lalu, dan juga yang kali pertama selepas pemimpin mereka, Muammar Gaddafi digulingkan menerusi kebangkitan rakyat tahun lalu.

Selepas empat dekad pemerintahan Muammar, rakyat Libya akan memilih wakil rakyat bagi mengisi 200 kerusi Parlimen.

Kira-kira 80 peratus daripada 3.5 juta pengundi yang layak telah mendaftar untuk memilih wakil rakyat daripada kalangan lebih 3,500 orang yang bertanding.

Daripada 2.8 juta yang mendaftar sebagai pengundi, 45 peratus adalah wanita.

Seramai 559 wanita mendaftar bertanding bagi 44 peratus kerusi mewakili parti dan 88 lagi di peirngkat kerusi individu.

Daripada 200 kerusi yang ditawarkan, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) telah memperuntukkan 100 kerusi bagi bahagian barat Libya, 40 (selatan) dan 60 (timur).



Rakyat Libya mula undi dalam PRU bebas pertama - Global - Sinar Harian:

No comments: