Pages

Sunday, July 8, 2012

Bom saudara sendiri

myMetroBom saudara sendiri:BAGHDAD: Seorang pengebom berani mati meledakkan dirinya di tengah perhimpunan keluarga sendiri di barat Iraq, membunuh tujuh orang, termasuk seorang sepupu prokerajaan dan enam yang lain.
Sumber berkata, serangan disasarkan ke atas seorang pemimpin militia Sahwa di Ramadi - ibu kota wilayah Anbar - yang didiami majoriti komuniti Sunni. Katanya, pengebom terbabit memasuki rumah sepupunya malam kelmarin ketika mangsa dan keluaranga berkumpul untuk makan.

“Ketika berada hampir dengan sasaran, pengebom itu menghidupkan suis bom yang dipasang pada badannya, menyebabkan pemimpin militia dan isterinya terbunuh,” katanya. Turut terkorban, tiga anak mereka yang masih remaja.
Anbara adalah wilayah dikuasai Sunni yang mula-mula bangkit menentang al-Qaeda bersama-sama tentera AS pada akhir 2007 dan 2007.

Kumpulan bersenjata itu dikenali sebagai Sahwa (bermaksud Kebangkitan) menjadi sasaran utama pemberontak Sunni yang menganggap mereka sebagai pengkhianat.

Sejak tentera AS meninggalkan Iraq pada 18 Disember lalu, al-Qaeda didakwa meningkatkan serangan ganas ke atas sasaran tertentu.
Walaupun serangan menurun sedikit sejak Januari, pengeboman hampir berlaku sekali dalam tempoh beberapa hari sejak awal Jun lalu. Sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh setakat ini. - AP

'via Blog this'

No comments: