Pages

Monday, July 9, 2012

Presiden Mesir arah batal gantung Parlimen

Presiden Mesir arah batal gantung Parlimen - Global - Sinar Harian:

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Mursi telah mengeluarkan perintah agar Parlimen, yang digantung oleh majlis tentera ekoran keputusan mahkamah bulan lalu, bersidang semula.
Perkembangan itu juga dilihat sebagai permulaan kepada pertembungan antara kuasa presiden dan majlis tentera yang memerintah Mesir secara sementara selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.
"Keputusan ini (yang diumumkan semalam) akan berhadapan dengan bantahan daripada pakar-pakar perundangan perlembagaan dan ia kemungkinan ujian pertama ke atas hubungan antara Mohammed dan Majlis Agung Angkatan Tentera sejak Mohammed menjadi presiden," kata Aly Hassan, seorang konsultan kehakiman Kementerian Kehakiman Mesir.
Beberapa hari sebelum keputusan pusingan kedua pemilihan presiden diumumkan, majlis tentera mengisytiharkan ia akan menyerahkan kuasa yang telah dihadkan kepada presiden baru. Majlis itu mahu pihaknya memainkan peranan dalam beberapa aspek perjalanan Mesir.
Berikutan perintah itu Parlimen dijangka bersidang hari ini.
Beliau diisytiharkan sebagai presiden pertama dipilih menerusi pilihan raya bebas dan yang pertama sejak Hosni digulingkan.

Mohammed, dari Ikwanul Muslimin - pergerakan yang memenangi sebahagian besar kerusi dalam pilihan raya awal tahun ini berkata, Parlimen sewajarnya terus bersidang sehingga satu pilihan raya baru diadakan.
Mahkamah memutuskan Parlimen tidak sah atas alasan calon-calon dari pergerakan itu bertanding di kerusi-kerusi yang diperuntukkan bagi calon Bebas.
Majlis tentera dijangka mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perintah presiden itu.
Perintah Mohammed dilihat sebagai tindakan mengambil alih kuasa daripada jeneral-jeneral yang memerintah negara itu sepanjang 16 bulan lalu.
Jurucakap Presiden, Yasser Ali berkata, di bawah perintah semalam, pilihan raya yang baru akan diadakan selepas pengundi meluluskan satu perlembagaan yang baru.
Bulan lalu, Majlis Agung Angkatan Tentera mengumumkan bahawa perlembagaan baru akan digubal dalam tempoh tiga bulan lagi.
Keputusan majlis itu ditentang atas alasan ia mengehadkan kuasa presiden.
Aly juga berkata, selaku presiden, Mohammed ada kuasa untuk mengambil apa jua keputusan tanpa mengira ia betul atau sebaliknya.
Bagaimanpun katanya, keputusan mengetepikan perintah mahkamah dan menghidupkan semula Parlimen bertentangan dengan perlembagaan.

'via Blog this'

No comments: