Pages

Monday, July 9, 2012

PM Palestin tuntut janji Arab

myMetro | PM Palestin tuntut janji Arab:
"RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad, menggesa negara Arab menunaikan janji dan menghantar bantuan kewangan untuk kerajaannya yang kini kekurangan dana.

Pihak Berkuasa Palestin yang mentadbir Tebing Barat sentiasa bergantung kepada bantuan asing untuk membiayai kos pengurusan, tetapi kini berdepan krisis paling buruk dalam tempoh beberapa tahun.


Masalah itu menyebabkan mereka gagal membayar gaji kepada ribuan kakitangan kerajaan. Salam memerlukan AS$1 bilion (RM3.2 bilion) untuk membiayai kekurangan perbelanjaan tahun ini, tetapi disebabkan terlalu banyak meminjam sebelum ini, bermakna dia tidak lagi boleh mengharapkan bank. Berbanding penderma Barat, kebanyakan negara Arab gagal melaksanakan janji mereka menghulurkan bantuan kewangan. - AP"

'via Blog this'

No comments: