Pages

Friday, June 15, 2012

Suu Kyi terima hadiah Nobel selepas 21 tahun dipilih

Suu Kyi terima hadiah Nobel selepas 21 tahun dipilih
Aung San Suu Kyi (tengah) ketika tiba di Lapangan Terbang Yangon sebelum berlepas
ke Eropah, semalam. - Foto EPA
GENEVA - Pemimpin prodemokrasi Myanmar,  Aung San Suu Kyi tiba di Switzerland semalam - persinggahan pertama dalam rangka lawatan selama 16 hari ke Eropah termasuk akan menerima hadiah Nobel Keamanan yang dianugerahkan kepada beliau pada 1991.

Jurucakap lapangan terbang, Bertrand Staempski berkata, beliau kelihatan gembira dan tersenyum ketika tiba semalam sebelum masuk ke dalam teksi.

Semasa rangka lawatan, beliau akan menandatangani kedua-dua majlis Parlimen British, menjadi tetamu kehormat satu konsert di Dublin, Ireland dan menyambut ulang tahun ke-67 bersama keluarga.

Rangka lawatan bermula hari ini apabila beliau akan menandatangani satu konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dengan harapan untuk menghapuskan buruh paksa menjelang 2015 dan memudahkan pertubuhan-pertubuhan pekerja Myanmar yang dahulu dikenali sebagai Burma terus melakukan pembaharuan.

Ini merupakan rangka lawatan kedua Suu Kyi ke luar negara sejak beliau kembali ke Myanmar pada 1988 untuk menjaga ibunya yang sakit tenat.

Rampasan kuasa tentera meletakkan Jeneral Saw Maung berkuasa, mencetuskan demonstrasi antikerajaan dan tindakan keras menyebabkan beratus-ratus penyokong berhaluan kiri mati.

Suami beliau, Michael Aris, kekal menetap di Englang- menjadi seorang aktivis terkemuka dan pengasas bersama kumpulan pembangkang  iaitu Liga Kebangsaan bagi Parti Demokrasi.

Suu Kyi diletakkan dalam tahanan rumah dan dibebaskan Julai lalu. Awal tahun ini beliau bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya kecil.

Apabila parti itu menang pilihan raya umum 1990, pemerintah tentera yang berkuasa sejak 1962, enggan menerima kemenangan Liga Kebangsaan dan Suu Kyi diletakkan dalam tahanan rumah.
Suu Kyi memenangi Hadiah Parlimen Eropah Sakharov bagi Kebebasan Pemikiran 1991 dan Nobel Keamanan yang dinamakan “perjuangan tanpa keganasan untuk demokrasi dan hak asasi manusia” walaupun beliau berada dalam tahanan.

Beliau yang menerima hadiah bagi pihak ibunya, Alexander Aris berkata “ saya secara peribadi percaya bahawa dedikasi yang ditunjukkan Suu Kyi dan pengorbanannya menunjukkan yang dia layak untuk diiktiraf oleh semua penduduk Burma,”

Sabtu ini, Suu Kyi dijangka menyampaikan syarahan nobel di Dewan Bandaraya Oslodi, Norway.

No comments: