Pages

Friday, June 29, 2012

Rohingya tidak dianggap etnik Myanmar

Rohingya tidak dianggap etnik Myanmar:YANGON 28 Jun - Pertubuhan yang mewakili lapan etnik di Myanmar dan bekerjasama dengan parti pembangkang di negara ini, hari ini menolak Rohingya sebagai etnik minoriti di negara ini.
Laman web Radio Free Asia yang memetik kenyataan Setiausaha Barisan Demokratik Kebangsaan (NDF), Khun Oh sebagai berkata, etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar.
Katanya, NDF mahu pandangannya diketahui di kalangan penduduk negara ini dan di luar negara berikutan rusuhan yang berlaku di negeri Rakhine yang mengorbankan hampir 80 nyawa sejak 28 Mei lalu.
Kira-kira 800,000 etnik Rohingya tinggal di Myanmar dan dianggap sebagai pendatang haram serta tidak diberikan kerakyatan.
Khun berkata, sebelum konflik terbaru itu tercetus, penduduk Buddha Rakhine sering bertelagah dengan etnik Rohingya.
"Keganasan yang berlaku itu disebabkan peraturan imigrasi dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah," katanya.
Namun, Khun berkata, pendatang Rohingya berpeluang mendapat kerakyatan negara ini sekiranya memenuhi beberapa syarat, termasuk pengetahuan bercakap dalam bahasa kebangsaan.
"Sesiapa yang telah tinggal di negara ini, sama ada masuk secara sah atau tidak, boleh menjadi warganegara sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan," katanya.
Pada 15 Julai ini, Presiden Thein Sein dilapor akan membincangkan isu Rohingya semasa kunjungannya ke Bangladesh, yang merupakan negara asal bagi kira-kira 200,000 etnik Rohingya sebelum mencari perlindungan di Myanmar sejak berpuluh-puluh tahun lalu. - AGENSI

'via Blog this'

No comments: