Pages

Friday, June 29, 2012

Krisis bekalan air Tebing Barat semakin buruk

Krisis bekalan air Tebing Barat semakin buruk
Penduduk di Tebing Barat mengalami krisis bekalan air akibat sekatan haram Israel.
BANDAR GAZA - Krisis bekalan air di Tebing Barat semakin buruk terutamanya di kawasan selatan berikutan sekatan haram Israel.

Ketua pihak berkuasa bekalan air Palestin, Shaddad Attili menegaskan rejim Zionis sememangnya bertanggungjawab terhadap masalah itu.

"Israel gagal untuk membekalkan air di wilayah Palestin mengikut seperti apa yang telah dipersetujui menerusi perjanjian di Oslo sebelum ini," katanya.

Sementara itu, laporan dikeluarkan kumpulan hak asasi manusia mendedahkan bekalan air ke Gaza turut tercemar dengan najis manusia.

Kandungan nitrat dalam bekalan air tersebut juga didakwa 10 kali ganda lebih tinggi daripada tahap yang dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Gaza terutamanya wanita hamil dan kanak-kanak terdedah dengan penyakit seperti anemia serta serangan barah.

Pada masa ini, rejim Zionis mengawal kira-kira 84 peratus bekalan air di Tebing Barat selepas merampas tiga kolam takungan air milik penduduk Palestin dan turut menghalang mereka daripada menggunakannya untuk keperluan seharian.

No comments: