Pages

Friday, June 8, 2012

Penipuan Netanyahu

JERUSALEM: Rancangan Israel membina beratus-ratus rumah baru di Tebing Barat menyebabkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sekali lagi berada dalam kedudukan tidak selesa dengan Washington dan Palestin.
Rancangan itu akan dilaksanakannya sebagai jalan untuk memuaskan hati penceroboh Yahudi yang berang terhadap keputusan rejim itu untuk merobohkan penempatan yang dibina secara haram.
Rabu lalu, rejim itu mengumumkan akan membina 850 apartmen selepas Parlimen Israel, atas desakan Netanyahu, mengundi menolak rang undang-undang untuk meluluskan pembinaan rumah secara haram di Ulpana dan kediaman penduduk Yahudi di tempat lain yang dibina secara haram di tanah milik persendian Palestin diluluskan.

Masyarakat antarabangsa mengecam pembinaan penempatan Yahudi sementara Palestin enggan meneruskan rundingan damai ketika Israel membina bangunan di kawasan yang ditetapkan mereka sebagai sebahagian daripada negara Palestin merdeka.


Netanyahu, penyokong pembinaan penempatan Yahudi mendapati dirinya dalam kedudukan rumit dari segi politik kerana terpaksa melaksanakan arahan Mahkamah Agung untuk meruntuhkan 30 apartmen di Ulpana menjelang 1 Julai.

Menyedari ia tidak akan terlepas daripada arahan mahkamah, Netanyahu menekan anggota Parlimen dalam kerajaan campurannya supaya menolak cadangan anggota pelampau supaya meluluskan pembinaan kediaman Yahudi di tanah rakyat Palestin.

Bagaimanapun, untuk mengambil hati penceroboh Yahudi, Perdana Menteri Israel itu berikrar untuk membina 300 lagi rumah di penempatan Beit El, pinggir tidak jauh dari Ulpana.

“Saya bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang. Dan saya berpendapat tidak ada pertentangan antara kedua-dua keputusan itu,” katanya.

Tidak lama selepas itu, Menteri Pembinaan, Ariel Attias mengumumkan pembinaan tambahan 551 apartmen di beberapa kawasan di Tebing Barat. - AFP

No comments: