Pages

Friday, June 8, 2012

100 lagi penduduk Syria terkorban

100 lagi penduduk Syria terkorban:

Imej yang dikeluarkan Shaam News Network, rangkaian televisyen pembangkang Syria, merakamkan tiga mayat kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh tentera kerajaan di bandar Hama, semalam. - AFP
BEIRUT 7 Jun - Kira-kira 100 penduduk Syria terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan terbaru yang didakwa dilakukan rejim Presiden, Bashar al-Assad di wilayah tengah Hama, semalam.
Jurucakap Majlis Kebangsaan Syria, Mohammed Sermini berkata, serangan di perkampungan Mazraat al-Qabeer itu, 20 kilometer dari bandar tengah Hama, mengakibatkan 20 wanita dan 20 kanak-kanak terbunuh.
Menurutnya, ada juga di kalangan mangsa yang terkorban akibat ditikam, manakala 12 lagi mangsa dibakar.
Serangan terbaru itu berlaku tidak sampai dua minggu selepas pembunuhan beramai-ramai di Houla, di mana pasukan keselamatan dan militia Assad yang dikenali sebagai 'shabiha' membunuh 108 penduduk, separuh daripada mereka merupakan kanak- kanak.
Kedua-dua serangan tersebut berlaku, walaupun dengan kehadiran misi pemantau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di negara itu ketika ini.
Kerajaan bagaimanapun mendakwa, pasukan tentera bertindak demikian bagi membanteras kegiatan militan di kawasan tersebut.
"Pasukan khas bertindak demikian bagi membantu penduduk Mazraat al-Qabeer dan berjaya menyerang kubu kuat pengganas. Beberapa anggota pengganas terbunuh dan kami berjaya merampas senjata mereka," menurut jurucakap rasmi kerajaan dalam satu siaran televisyen tempatan.
Namun, aktivis mendakwa tentera Syria sudah bersiap sedia di kawasan tersebut selama beberapa hari dan mula melancarkan serangan petang semalam. - REUTERS/AFP

'via Blog this'

No comments: