Pages

Friday, June 8, 2012

Majlis Keselamatan didesak lawat Palestin

NEW YORK: Negara berkecuali di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam menyokong gesaan supaya duta majlis melawat wilayah Palestin bagi melihat kesan daripada pembinaan penempatan Yahudi.
Pemimpin Palestin mulanya mencadangkan lawatan itu diadakan Februari lalu tetapi tidak mendapat jawapan daripada 15 anggota majlis.

Amerika Syarikat menentang lawatan seumpama itu ketika rundingan Israel-Palestin beku. Rejim Zionis juga menentangnya.

Lapan anggota majlis itu ialah ahli Pergerakan Negara Berkecuali yang dianggotai 110 negara.

Duta Pakistan ke PBB, Abdullah Haroon berkata, kumpulan itu akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan supaya memberi jawapan positif kepada cadangan berkenaan. - AFP

No comments: