Pages

Friday, June 8, 2012

Al-Qaeda cari sukarelawan baru

BAGHDAD: Kumpulan al-Qaeda di Semenanjung Arab menyiarkan iklan di Internet, menawarkan latihan untuk penyerang berani mati yang mensasarkan Amerika Syarikat, Israel dan Perancis.
Iklan itu yang disiarkan menerusi pelbagai forum jihad, termasuk Al-Fidaan, Shamoukh al-Islam dan Honein, meminta sukarelawan berhubung menerusi e-mel dengan mencatatkan pengalaman dan cadangan sasaran mereka. “Matlamat latihan ialah untuk meneruskan usaha menentang musuh Islam,” menurut iklan yang disiarkan oleh Al-Qaeda di Semenanjung Arab yang berpangkalan di Yaman. - AFP

No comments: