Pages

Thursday, May 17, 2012

Warga Denmark hanya luka



SERPIHAN pesawat yang dinaiki Rasch.


COPENHAGEN - Seorang warga Denmark, Andreas Rasch yang terselamat dalam nahas sebuah pesawat Nepal yang terhempas hanya mengalami luka, lapor akhbar Ekstra Bladet semalam.
"Masih ada masalah dengan kaki saya. Mungkin luka," kata Rasch, 30, kepada akhbar Denmark itu.
Dia dan kekasihnya, Emilie Joergensen, 29, antara enam penumpang yang terselamat apabila pesawat tersebut terhempas di sebuah gunung di banjaran Himalaya pada Isnin lalu menyebabkan 15 orang terbunuh.
Menurut Joergensen, ketika kejadian, pesawat itu terbang rendah.
Rasch menyatakan tulang pinggul kekasihnya itu retak.
Pesawat Dornier yang terhempas itu milik syarikat penerbangan tempatan, Agni Air.
"Kami berasa gembira kerana masih hidup. Kami berasa simpati kerana ramai penumpang yang mati," kata Rasch.
Pesawat itu terhempas semasa ia cuba untuk mendarat di Lapangan Terbang Jomsom, 200 kilometer dari Kathmandu. - Agensi

No comments: