Pages

Wednesday, April 11, 2012

Turki gesa PBB ambil tindakan ke atas Syria





2012/04/11

ANKARA: Turki semalam meletakkan tekanan ke atas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya memastikan perlindungan ke atas orang awam sekiranya Syria gagal mematuhi arahan gencatan senjata. 

Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan mahu Majlis Keselamatan PBB melaksanakan 'resolusi yang antara lain melindungi keselamatan rakyat Syria dalam sebarang bentuk' jika rejim kerajaan Syria masih gagal mengendurkan keganasan dalam masa 48 jam.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan butiran mengenai bentuk tindakan yang dimaksudkan itu. - AFP

No comments: