Pages

Wednesday, April 11, 2012

Tentera Syria enggan patuhi gencatan senjata





2012/04/11

DAMSYIK: Lebih 50 orang terbunuh hari ini selepas tentera Syria menyerang balas kumpulan penunjuk perasaan pada hari yang sepatutnya gencatan senjata dikuatkuasakan.

Kerajaan Syria berkata, mereka menolak arahan gencatan senjata yang dikenakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab itu tetapi ketua misi, Kofi Annan menuduh Syria kini meletakkan tenteranya di beberapa lagi kawasan di negara itu.
Pada masa sama, puak pemberontak Tentera Pembebasan Syria memberi amaran mereka akan melancarkan semula serangan jika kerajaan tidak memberhentikan kerahan ke atas pasukan tenteranya.
Washington pula berharap Majlis Keselamatan PBB mengenakan tindakan susulan jika Annan mengesahkan Damsyik melanggar komitmennya agar mengeluarkan segera pasukan tentera dan senjata beratnya dari beberapa bandar utama di negara itu. - AFP

No comments: