Pages

Friday, April 27, 2012

Perancis terus ajak serang Syria

Berita Harian Online | Perancis terus ajak serang Syria:





2012/04/27

pix_gal0
Damsyik tak peduli gencatan senjata, tingkat serangan kawasan penentang

PARIS: Perancis sekali lagi mengajak supaya kempen ketenteraan dilancarkan terhadap Syria kerana pertumpahan darah berlarutan di negara itu meskipun gencatan senjata berkuat kuasa dengan askar kerajaan terus melancarkan bedilan terhadap kawasan anti pemerintah.
Dua minggu selepas gencatan senjata dipersetujui, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh di bandar Maree, berhampiran bandar utara Aleppo manakala seorang lelaki maut di perkampungan Mohsen, wilayah timur laut Deir Ezzor, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).
Letupan kuat dan tembakan senjata berat dilaporkan berlaku di Harasta, pinggir Damsyik, kata pemantau Britain itu, sambil menambah bahawa tentera kerajaan membuat serbuan di kawasan antara Harasta dan Barzeh, sebuah daerah di ibu negara.

Aktivis melaporkan pertempuran di wilayah lain termasuk wilayah selatan Daraa, yang melakukan kebangkitan menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad, di wilayah Idlib dan tengah Homs.

Letupan dan tembakan senjata dilaporkan sepanjang malam di Hama, dengan SOHR melaporkan, sekurang-kurangnya 12 terbunuh kerana bedilan askar kerajaan terhadap kawasan penduduk.

Aktivis melaporkan, angka kematian disebabkan pengeboman terhadap Hama menyebabkan 68 termasuk 16 kanak-kanak maut. 
Selain itu, kekacauan terus berlaku kerana gencatan senjata tidak dihormati menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh sejak ia berkuat kuasa 12 April lalu.

Sehubungan itu, Menteri Luar Perancis, Alain Juppe berkata, pelan keamanan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat tidak dipedulikan dan sekali lagi menyarankan supaya tindakan ketenteraan dilancarkan untuk menamatkan pentadbiran Bashar al-Assad dan menghentikan pertumpahan darah 13 bulan.

Wakil PBB-Liga Arab, Kofi Annan menggesa satu kerahan 300 pemantau yang dipersetujui Majlis Keselamatan PBB. – AFP

No comments: