Pages

Friday, April 27, 2012

4 polis korban serangan Taliban

myMetro | 4 polis korban serangan Taliban: "KABUL: Berpuluh-puluh pejuang Taliban menyerang sebuah pos polis di kawasan pedalaman Badakhshan di timur laut Afghanistan semalam, membunuh empat anggota dan menawan sekurang-kurangnya 16 yang lain.

Timbalan Gabenor Badakhsan, Shamsul Rahman Shams berkata, dua anggota polis juga cedera sementara tiga yang lain hilang selepas pertempuran sengit meletus di daerah Wardaj, kawasan bergunung yang bersempadan dengan Pakistan.


“Ramai anggota Taliban terbabit dalam serangan itu, berbanding dengan jumlah polis,” katanya.

Kumpulan berkenaan turut merampas dua trak polis dan sejumlah senjata.


Pasukan keselamatan Afghanistan, termasuk 170,000 polis, dilatih, dilengkapi dan menerima gaji daripada tentera Nato yang diketuai Amerika Syarikat. Nato mempunyai 130,000 tentera untuk memerangi Taliban.


Kumpulan itu dijadual berundur menjelang 2014 dan menyerahkan semua tanggung jawab keselamatan kepada pasukan bersenjata tempatan. - AFP"

'via Blog this'

No comments: