Pages

Thursday, April 26, 2012

Libya larang parti politik Islam

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR menunjukkan suasana di Tripoli apabila beberapa orang berjalan dan berjoging pada 16 April lalu.


TRIPOLI, Libya - Seorang jurucakap pemerintah Libya mengeluarkan peraturan bagi mengharamkan pembentukan parti politik berteraskan prinsip agama.
Jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan yang mentadbir Libya, Mohammed Al-Hareizi berkata, undang-undang berkenaan yang berkuat kuasa semalam digubal bagi mengekalkan "penyatuan nasional".
Namun, ia pasti akan mencetuskan kemarahan parti berteraskan agama seperti Ikatan Ikhwanul Muslimin yang merupakan kumpulan politik utama di negara Afrika Utara berkenaan.
Kumpulan-kumpulan Islam telah lama dikongkong oleh bekas diktator Libya, Muammar Gaddafi.
Beliau dibunuh oleh para pemberontak Libya pada Oktober tahun lalu selepas pertempuran selama lapan bulan.
Undang-undang berkenaan dikuatkuasakan dua bulan sebelum pilihan raya pertama diadakan di Libya bagi memilih 200 anggota Parlimen yang bakal ditugaskan untuk menulis perlembagaan baharu dan membentuk pemerintahan. - Agensi

'via Blog this'

No comments: