Pages

Thursday, April 26, 2012

Komputer Iran tak terjejas

myMetro | Komputer Iran tak terjejas:


DUBAI: Kementerian Minyak Iran semalam berkata, sistem teknologi maklumatnya tidak mengalami kerosakan berkekalan akibat daripada serangan siber. Bagaimanapun, pakarnya memerlukan masa dua atau tiga hari untuk menyiasat dan menangani kesan virus itu.
Virus berkenaan menyerang sistem Internet dan komunikasi Ahad lalu, memaksa Iran memutuskan sistem kawalan Pulau Kharg yang mengendalikan sebahagian besar eksport minyak mentahnya dan sejumlah kemudahan minyaknya yang lain.

“Hasil tindakan pantas pakar kami menyebabkan tiada kerosakan berlaku pada data komputer,” kata Ketua Pertahanan Awam kementerian, Hamdullah Mohammadnejad.
Agensi berita rasmi Iran, Irna, memetik beliau sebagai berkata, punca masalah itu dikenalpasti dan mereka memerlukan masa dua atau tiga hari untuk menyelesaikannya.

“Semua unit industri minyak mempunyai sistem sokongan yang dikemaskini setiap hari dan berdasarkan jangka panjang,” kata Hamdullah. Irna sebelum ini memetik seorang pegawai kanan kementerian sebagai berkata, bahagian perdagangan minyak antarabangsanya tidak terjejas dengan serangan berkenaan.

Virus terbaru itu sudah pasti akan dibandingkan dengan cecacing komputer Stuxnet yang menjejaskan kemudahan nuklear Iran pada 2009-10.
Pegawai Iran menuduh Amerika Syarikat dan Israel cuba mensabotaj program nuklearnya menerusi virus seperti Stuxnet.

Pakar keselamatan berkata, masalah terbaru dalam sistem teknologi maklumat Iran mungkin usaha untuk menjejaskan keupayaan negara itu dalam perdagangan minyak atau hanya kesilapan teknikal. - Reuters

No comments: