Pages

Monday, March 19, 2012

Letupan sabotaj usaha aman Syria

DAMSYIK 18 Mac - Syria hari ini mendakwa dua letupan maut di sini pada awal pagi semalam bertujuan untuk mensabotaj usaha bagi mencari penyelesaian terhadap krisis di negara ini.
Dalam pada itu, pakar-pakar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersiap sedia untuk menyertai misi kemanusiaan yang diketuai oleh kerajaan Syria ke medan-medan protes yang musnah dalam pertempuran.
"Letupan semalam dilakukan oleh pengganas yang disokong kuasa asing yang membekalkan dana dan senjata kepada mereka.
"Dua serangan itu bertujuan untuk menggagalkan misi Annan dan usaha antarabangsa bagi mencari penyelesaian politik terhadap krisis," menurut akhbar Al-Baath, lidah rasmi parti pemerintah Syria, Parti Baath.
Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 140 lagi cedera dalam dua letupan bom yang kuat dekat ibu pejabat polis dan tentera udara di tengah ibu negara Syria ini, semalam.
Aktivis pemberontak menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad mendalangi serangan bom itu, seperti letupan di ibu negara dan di bandar Aleppo, utara Syria sebelum ini.
Sebuah lagi akhbar rasmi, Ath-Thawra menuding jari ke arah Qatar dan Arab Saudi yang menggesa supaya bekalan senjata disalurkan kepada pemberontak yang memerangi rejim Assad. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: