Pages

Monday, March 19, 2012

Dunia digesa bantu Palestin

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:WASHINGTON 18 Mac – Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam menggesa negara-negara penderma supaya menunaikan janji mereka untuk membantu Pihak Berkuasa Palestin (PA) ketika ekonomi wilayah Palestin sedang memasuki ‘fasa sukar’ dan boleh menjadi bertambah buruk.
Ekonomi Palestin mengalami penurunan besar dalam aset mudah tunai, situasi yang merosot sejak tahun lepas disebabkan pengurangan bantuan daripada negara-negara Barat dan Teluk, di samping sekatan perdagangan dan pergerakan yang dikenakan oleh Israel, menurut laporan IMF itu.
Dalam laporan yang disediakan untuk mesyuarat negara penderma di Brussels minggu depan, defisit kewangan Palestin dianggarkan AS$500 juta (RM1.55 bilion).
Kata IMF, bantuan penderma berjumlah hanya AS$800 juta (RM2.48 bilion) dikeluarkan untuk membiayai bajet 2011, berbanding AS$1 bilion (RM3.1 bilion) yang dijangka.
Bantuan bajet pembangunan hanya AS$169 juta (RM524 juta), berbanding jangkaan AS$500 juta (RM1.55 bilion).
“Kekurangan itu, di samping pendapatan cukai yang lebih rendah daripada dijangka disebabkan kelembapan pertumbuhan ekonomi, membawa kepada tunggakan AS$0.5 bilion (RM1.55 bilion) dalam bayaran domestik kepada sektor swasta dan kepada dana pencen awam,” menurut laporan IMF.
Laporan itu memberi amaran mengenai ‘risiko tinggi’ jurang kewangan akan menyebabkan pemotongan gaji, bantuan sosial dan perbelanjaan lain yang diperlukan.
IMF menggesa ‘usaha bersepadu’ dilakukan oleh PA, kerajaan Israel dan negara-negara penderma untuk merapatkan jurang pembiayaan. – AFP

'via Blog this'

No comments: