Pages

Monday, March 19, 2012

Letupan di bandar Syria


GAMBAR menunjukkan sebuah bangunan yang rosak
teruk akibat bom kereta di Aleppo, Syria semalam.
 

DAMSYIK - Satu letupan berlaku di sebuah kawasan penduduk di bandar Aleppo, Syria semalam, lapor agensi berita SANA.
Menurut laporan itu, letupan itu dilakukan oleh pengganas tanpa memberikan maklumat kematian dan kecederaan.
Ia merupakan serangan kedua dalam tempoh dua hari di bandar tersebut.
Di bandar tersebut, rejim Presiden Bashar Al-Assad mendapat sokongan kuat daripada penduduk.
Seorang penduduk, Mohammed Saeed berkata, sebuah bom kereta meletup dekat pejabat Jabatan Keselamatan Politik di kawasan penduduk Suleimaniyeh.
Menurutnya, kawasan itu mempunyai ramai penduduk beragama Kristian.
Beliau berkata, letupan tersebut berlaku pada pukul 1 petang waktu tempatan.
Mohameed memberitahu, pasukan keselamatan kemudian melepaskan tembakan ke udara dan mengawal lokasi letupan bom.
Menurutnya, pada hari biasa, kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai terutamanya semalam kerana ia merupakan hari pertama bekerja selepas cuti mingguan.
"Ia merupakan letupan yang kuat. Sebahagian bandar bergegar ekoran letupan itu," katanya.
Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Untuk Syria yang beribu pejabat di Britain turut mengesahkan ia merupakan bom kereta.
Syria berdepan dengan pergolakan sejak awal tahun lalu antara tentera Bashar dengan penduduk yang menentang kepimpinannya.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 8,000 orang terbunuh sejak kebangkitan rakyat berlaku di negara ini. - Agensi

'via Blog this'

No comments: