Pages

Friday, February 3, 2012

Penduduk Mesir berang


SEORANG lelaki yang cedera diusung oleh rakan-rakannya selepas dia tiba
dari Port Said di sebuah stesen kereta api di Kaherah semalam.
PORT SAID - Penduduk di Kaherah yang naik berang ekoran kematian 74 orang dalam insiden pergaduhan di stadium bola sepak Port Said mengadakan beberapa tunjuk perasaan semalam.
Siri bantahan tersebut diadakan selepas peminat dan ahli politik menuduh kepimpinan tentera yang memerintah Mesir gagal menghalang insiden terburuk itu berlaku sejak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Sejumlah pemuda menyekat beberapa batang jalan raya berhampiran bangunan stesen televisyen Mesir dan Dataran Tahrir yang menjadi mercu tanda ibu kota negara berkenaan, Kaherah.
Orang ramai turut berkumpul di stesen kereta api utama Kaherah dengan harapan dapat melihat saudara-mara mereka kembali daripada menyaksikan perlawanan bola sepak tragis di sini.
Apabila mayat-mayat mangsa tragedi bola sepak terburuk dalam sejarah Mesir itu diangkut keluar dari beberapa buah kereta api, beribu-ribu orang menjerit slogan: "Jatuhkan pemerintahan tentera."
Seorang ibu yang panik turut menjerit: "Di manakah lelaki saya?"
"Pergi mati dengan perlawanan bola sepak, kembalikan anak saya," kata wanita berkenaan, Fatma Kamal selepas dia berulang kali menelefon anaknya tetapi panggilannya tidak dijawab.
Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera dalam keganasan kelmarin apabila sejumlah peminat bola sepak menceroboh padang permainan selepas kelab tuan rumah Al-Masry menewaskan pelawat iaitu kelab Al-Ahly dari Kaherah yang turut dikenali dengan nama jolokan Red Devils. - ReutersKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: