Pages

Friday, February 3, 2012

Ban dilontar kasut di Gaza


GAZA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dilontar kasut ketika memasuki bandar ini, beberapa jam selepas serangan roket dilancarkan terhadap Israel dari wilayah yang ditadbir Hamas itu.
Ketika ketua PBB itu memasuki wilayah Palestin berkenaan, penunjuk perasaan melontar kasut, pasir dan batu kecil terhadap konvoinya, menyebabkann ia terhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan, kebanyakannya anggota keluarga warga Palestin yang ditahan di penjara Israel berkata, mereka membantah kerana Ban enggan menemui mereka atau kumpulan tahanan Palestin ketika kunjungan singkatnya ke Gaza.
Hentian pertama lawatan Ban ialah di Sekolah Amal di Khan Yunis. Beliau turut melawat projek perumahan yang dibiayai kerajaan Jepun.

Ban tidak dijadual untuk bertemu dengan sebarang anggota kerajaan yang dikuasai Hamas.

Pegawai keselamatan PBB mengambil keputusan untuk meneruskan lawatan itu meskipun lapan roket dilepaskan ke sasaran di selatan Israel dari Gaza malam kelmarin.
Rabu lalu, selepas berunding dengan Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu, Ban mengecam serangan roket dari Gaza dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak boleh diterima.’ Mereka turut berbincang mengenai gencatan senjata tidak rasmi antara Israel dengan Hamas.

“Saya menyuarakan kebimbangan saya mengenai keamanan yang rapuh dan menegaskan serangan roket dari Gaza mesti dihentikan,” katanya. - AFPmyMetro | Ban dilontar kasut di Gaza:

'via Blog this'

No comments: