Pages

Wednesday, February 22, 2012

Pelatih ilmu kebal maut kena asid

JAKARTA: Dua penduduk Jalan Kelapa Dua di Cilincing, Jakarta Utara, maut akibat disimbah asid dalam latihan mereka menguasai ilmu kebal, lapor media semalam.
Slalindar Andri Wibowo, 24, dan Dedi Supriyadi, 26, mati selepas mengalami kesan lecur serius di seluruh badan mereka.

Adik mangsa, Lisa Faja Riana, berkata Slalindar dan Dedi pergi ke Serang di Banten untuk belajar seni persembahan tradisional dan ilmu kebal daripada seorang guru di situ.
Katanya, turut menyertai Slalindar dan Dedi ialah dua lelaki lain dikenali sebagai Oman dan Hendra.

“Ketika menjalani latihan menguasai seni persembahan mistik itu, mereka dicurah dengan asid bagi menguji keberkesanan ilmu kebal yang dipelajari,” katanya kepada media ketika ditemui di rumah mayat Hospital Jeneral Cipto Mangunkusumo, kelmarin.

Banten memang terkenal sebagai pusat seni tradisional dikenali sebagai debus yang memerlukan pesertanya mempamerkan kemahiran mengatasi pelbagai jenis senjata dan api.
Lisa, 20, berkata Slalidar tidak memberitahu isterinya tujuan sebenar dia ke Banten.

Kata Lisa, Slalindar mendakwa pergi ke situ untuk solat berjemaah sambil mendalami ilmu agama.
“Kami terkejut apabila ada seseorang menghubungi untuk memaklumkan insiden berkenaan,” katanya.

Slalindar meninggalkan seorang isteri dan seorang anak berusia tiga tahun, manakala Dedi pula meninggalkan anak baru berusia dua bulan. - Kompas.com

myMetro | Pelatih ilmu kebal maut kena asid:

'via Blog this'

No comments: