Pages

Wednesday, February 22, 2012

Guru muda tiduri pelajar remaja

PHILADELPHIA: Seorang guru sekolah menengah didakwa melakukan hubungan seks beberapa kali dengan pelajar berusia 17 tahun dalam kereta serta hotel Ramada Inn, lapor media semalam.

Rachel Farrell, 25, baru berkahwin dua bulan apabila didakwa menjalin hubungan kelamin dengan pelajar terbabit.


Menurut laporan, Rachel mengajar kanak-kanak membaca di Sekolah Tinggi Bangor di Pennsylvania.

Selepas skandal berkenaan terdedah, Rachel meletak jawatan dan bercerai.


Dia kini berdepan tiga tuduhan merosakkan remaja.


Sementara itu, sumber berkata, polis mengesyaki Rachel turut mengadakan hubungan seks dengan tiga pelajar lain.

Remaja itu kini berusia 18 tahun mengaku mula berkomunikasi dengan Rachel melalui Facebook sebelum hubungan itu dilanjutkan ke ranjang beberapa kali di lokasi berbeza.


Katanya, antara lokasi itu adalah kawasan meletak kenderaan yang jauh daripada orang ramai.

Penyiasat mendapati, hubungan seks itu pernah berlaku di kawasan meletak kenderaan Walmart dan Ramada Inn di Tannersville, daerah Monroe.


“Rachel mengaku kepada rakannya, dia pernah mengadakan hubungan seks dengan dua pelajar berusia 17 tahun,” katanya.


Rachel berkahwin pada Jun 2010, manakala hubungan sulitnya mula berlaku di antara Ogos tahun sama sehingga Januari 2011. - DM


myMetro | Guru muda tiduri pelajar remaja:

'via Blog this'

No comments: