Pages

Wednesday, February 22, 2012

Iran tubuh askar siber

TEHERAN: Pertubuhan Pertahanan Pasif Iran semalam mengumumkan rancangan untuk menuhuhkan tentera siber negara itu yang pertama berikutan kejayaannya melancarkan ibu pejabat pertahanan siber.

“Amerika Syarikat mengambil langkah mengurangkan tenteranya kerana mahu membesarkan infrastruktur pertahanan siber.


“ Kerana itu, negara seperti Iran juga perlu menubuh dan meningkatkan ibu pejabat pertahanan sibernya di samping membesarkan tentera siber,” kata Brigadier Jeneral Gholamreza Jalali dalam wawancara dengan Press TV pada hari terakhir persidangan kebangsaan pertama mengenai pertahanan siber di Teheran.

Menurutnya, Iran adalah antara negara pertama yang menjadi sasaran serangan siber sejak dua tahun lalu.


“Kemudahan yang menjadi sasaran serangan bagaimanapun terselamat. Ini bermakna, dengan pelbagai kesukaran sekalipun, Iran masih kebal terhadap serangan seumpama itu,” katanya.


Iran melancarkan ibu pejabat pertahanan siber kira-kira empat bulan lalu.

Tugas utamanya ialah menghalang cecacing komputer atau ada yang menggelarnya senjata siber daripada menembusi atau mencuri data daripada rangkaian keselamatan maksimum Iran, termasuk kemudahan nuklear, loji tenaga, pusat data dan bank.


Republik Islam itu mengumumumkan November lalu bahawa ia sudah membangunkan program perisian yang boleh mengawal spyware Duqu.

Virus itu yang dikesan pada 1 September 2011 adalah Trojan canggih yang bertindak sebagai pintu belakang dalam sistem dan memudahkan pencurian perisikan.


Terdahulu, pada Jun 2010, pegawai Iran mengenal pasti satu lagi virus, Stuxnet yang direka untuk menjejaskan komputer yang menggunakan sistem kawalan pengawasan dan perolehan data (SCADA) yang dihasilkan oleh syarikat Jerman, Siemens. Ia menjadi pilihan industri yang menguruskan bekalan air, cari gali air dan loji tenaga.


Pada Julai 2010, laporan media mendakwa Stuxnet mensasarkan komputer perindustrian di seluruh dunia dengan Iran sebagai sasaran utama serangan. - Agensi

myMetro | Iran tubuh askar siber:

'via Blog this'

No comments: