Pages

Wednesday, February 8, 2012

Gempa: Jumlah kematian 48 orang



Pasukan penyelamat dibantu penduduk kampung mengeluarkan mayat seorang penduduk kampung yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ekoran gempa bumi di La Libertad, Negros di tengah Filipina, semalam. - REUTERS


MANILA 7 Feb. - Pasukan penyelamat hari ini menggunakan cangkul dan tangan untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi sekuat 6.7 Skala Richter melanda tengah Filipina, semalam.

Jumlah korban dilaporkan meningkat kepada 48 orang, manakala 92 masih hilang.

Gempa bumi tersebut turut memusnahkan jambatan dan jalan-jalan di pulau Negros sehingga memaksa pasukan tentera dan bomba mendaki gunung untuk sampai ke kawasan perkampungan terpencil bagi operasi menyelamat.

Kebanyakan mangsa yang terkorban merupakan penduduk di perkampungan Planas yang terletak di bandar Guihulngan apabila kira-kira 30 buah rumah tertimbus dalam kejadian gempa, semalam.

Datuk Bandar Guihulngan, Ernesto Reyes berkata, pasukan penyelamat menggunakan cangkul untuk mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan dan bandar itu bakal berdepan kekurangan keranda ekoran jumlah kematian yang dilaporkan semakin meningkat.

"Kami tidak mempunyai bekalan air dan tenaga elektrik.

"Jalan-jalan utama dan jambatan turut musnah, selain kedai-kedai ditutup. Kami terputus hubungan dengan pihak luar," katanya.

Sehubungan itu, Presiden Benigno Aquino III mengarahkan pasukan tentera udara dan tentera laut untuk menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa terutamanya di kawasan terpencil.

Gempa bumi, semalam berlaku kira-kira 72 kilometer ke utara Dumaguete, ibu kota wilayah Negros Oriental dan 650 kilometer ke tenggara Manila dengan kedalaman 46 kilometer. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: