Pages

Saturday, December 24, 2011

Pengguna internet AS mudah tertipu

SAN FRANCISCO: Pengguna internet di Amerika Syarikat senang terpedaya dengan penipuan internet, dan selalunya apabila ada tawaran untuk memenangi hadiah peralatan elektronik terbaru seperti komputer tablet, menurut laporan kajian yang dikeluarkan, semalam.

Lebih daripada separuh yang ditanya dalam kajian Ponemon yang disokong oleh sebuah firma keselamatan internet, PC Tools, mendapati mereka akan mendedahkan nombor telefon bimbit, alamat e-mel atau maklumat lain apabila mereka diberitahu akan memenangi hadiah tanpa perlu berbuat apa-apa.

“Walaupun dalam keadaan mereka tahu yang perkara itu terlalu mustahil, mereka tetap terpedaya,” kata Pengurus Kanan Strategi Internet, PC Tools, Eric Klein.

“Saya tak tahu macam mana pengguna boleh terpedaya,” tambahnya lagi.


Penyangak siber sudah lama mengeksploitasikan sifat semula jadi manusia dengan penipuan yang berlandaskan pengetahuan ‘pengendalian sosial’ untuk orang ramai mendedahkan rahsia mereka seperti kata laluan atau secara tidak sengaja memasukkan virus komputer.


Manipulasi yang dilakukan berbeza, seperti memberitahu pengguna nama mereka dimasukkan dalam peraduan untuk memenangi hadiah selepas menyertai kajian atau cuba membuat mereka membuka fail perangkap yang mengandungi imej seksi.

“Jelas daripada keputusan kajian, ancaman penipuan ini masih dipandang rendah,” kata penyelidik Institut Ponemon. - AFP

myMetro | Pengguna internet AS mudah tertipu:

'via Blog this'

No comments: