Pages

Saturday, December 24, 2011

New Zealand dilanda gempa bumi lagi


Gempa bumi yang melanda New Zealand semalam mengakibatkan rekahan dan lubang pada jalan raya menyebabkan kereta terperosok di dalamnya di Parklands, Christchurch. - REUTERS




WELLINGTON 23 Dis. - Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda bandar Christchurch yang ketika orang ramai berada di pasar raya untuk membeli barangan bagi menyambut Krismas, semalam
Tiada laporan kecederaan atau kerosakan teruk berlaku namun seorang lelaki di sebuah pasar raya dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital, kata polis.
Gempa bumi itu yang berpusat di 20 kilometer dari timur laut Christchurch menyebabkan barangan berselerak dan orang ramai dipindahkan.
Radio New Zealand berkata, pasar raya dan bangunan pejabat dikosongkan selepas barangan jatuh dari almari.
Syarikat tenaga elektrik berkata, sehingga 15,000 pelanggan terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu.
Christchurch, bandar paling besar di South Island sedang pulih daripada gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter yang menyebabkan 162 orang maut pada Februari lalu dan kerugian bernilai NZ$20 bilion (RM4.65 bilion).- REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: