Pages

Saturday, December 24, 2011

Datin muda berseronok di hotel kena tangkap

LANGKAWI: Seorang Datin muda dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga ahli perniagaan di sebuah bilik hotel empat bintang di Kuala Teriang, di sini, awal pagi kelmarin.

Wanita berusia 25 tahun itu dicekup sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL) kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan orang awam mengenai perlakuan sumbang pasangan berkenaan.
Difahamkan, wanita yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun itu dikatakan datang ke Langkawi semata-mata mahu ‘berseronok’ dengan pasangannya yang berusia 30-an itu, selepas suaminya berstatus Datuk dikatakan bertugas di luar kawasan.
Sumber PADAL berkata, sepasukan anggotanya terus ke lokasi sebaik menerima aduan dan memeriksa sebuah bilik di hotel itu yang disyaki disewa pasangan terbabit.

"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berbaju tidur membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita yang berbaju T sedang berbaring di atas sofa dan pasangan itu mengaku hanya kenalan biasa menyebabkan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan soal siasat, wanita itu mendakwa datang ke pulau ini hanya untuk berseronok dengan lelaki berusia 30-an itu tanpa pengetahuan suaminya yang juga ahli perniagaan berstatus Datuk di Kuala Lumpur,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, wanita berkenaan turut mendakwa tidak mempunyai perasaan cinta terhadap pasangannya itu sebaliknya hanya untuk berseronok ketika suaminya keluar bertugas di luar kawasan.
“Pasangan itu turut mengakui sudah dua malam menyewa di hotel itu dan datang dari Kuala Lumpur untuk tidur bersama walaupun masing-masing mendakwa tidak mempunyai perasaan. Disebabkan mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri, kita terpaksa menahan mereka kerana disyaki berkhalwat.

“Anggota penguat kuasa turut menemui dua botol minuman keras dalam bilik hotel itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung bukti penemuan berkenaan,” katanya.
Berita Harian Online | Datin muda berseronok di hotel kena tangkap:

'via Blog this'

No comments: