Pages

Friday, December 16, 2011

Duit rompakan biayai militan

PENGURUP wang menyusun wang kertas Rs10  dan Rs20 di ruang niaga di  kawasan komersial di Karachi, Pakistan, semalam. - Foto AFP
PENGURUP wang menyusun wang kertas Rs10 dan Rs20 di ruang niaga di kawasan komersial di Karachi, Pakistan, semalam. - Foto AFP
Pihak berkuasa syak ada kumpulan pengganas terbabit

KARACHI: Empat lelaki merompak sebuah bank sebanyak Rs5.2 juta (RM306,556.02) di sebatang jalan sibuk di bandar raya ini semalam sekali gus meningkatkan kebimbangan pihak berkuasa keselamatan bahawa wang itu mungkin digunakan untuk membiayai militan dan pengganas.
Rompakan itu antara 17 kes berprofil tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang sudah menyebabkan kerugian kira-kira Rs650 juta (RM38.32 juta) secara keseluruhan.
Lelaki bersenjata terbabit menumpaskan pengawal keselamatan di pintu masuk Soneri Bank di cawangannya di Business Recorder Road, sebatang jalan sibuk di pinggir bandar ini.

Tidak seperti rompakan sebelumnya, penjenayah tidak dapat merampas rakaman CCTV dan ini membolehkan pihak polis memburu dan mengenal pasti mereka.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang perompak yang berjambang berada di sisi peti simpanan wang bank itu dengan sepucuk senapang di tangannya dengan wajah yang tenang.

Saksi menyatakan empat lelaki mengacukan senjata kepada kakitangan dan mengarahkan mereka meletakkan tangan di atas kepala. Mereka mengambil 15 minit untuk melakukan rompakan itu.
“Penjenayah sudah dikenal pasti dan pasukan khas kami sedang berkerja dalam kes itu selepas mengenal pasti samseng terbabit,” kata penasihat keselamatan kepada erajaan wilayah, Sharfudding Memon.

Memon berkata corak rompakan sama dengan kebanyakan rompakan sebelumnya menjadikan penyiasat percaya ada satu kumpulan di sebaliknya.

Unit Penyiasatan Khas (SIU) dalam polis Sindh, ditugaskan untuk menyiasat kes itu dan menahan mereka yang terbabit dalam militan dan keganasan. Pihak berkuasa menemui maklumat bahawa kumpulan seperti itu terbabit merompak bank.

“Ya, tidak syak ada kumpulan yang kami kenal pasti mempunyai kaitan dengan organisasi yang dianggap pengganas dan militan,” kata Memon.

Ia juga termasuk kumpulan dikaitkan dengan Al-Qaeda dan Taliban yang memfokuskan menambah dana bagi mengekalkan organisasi mereka.

“Selain rompakan bank, kumpulan itu juga melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan bagi menambah dana aktiviti jenayah mereka,” kata Memon. – Agensi
Berita Harian Online | Duit rompakan biayai militan:

No comments: