Pages

Monday, November 14, 2011

Warga Belanda ketua sindiket dadah



Sebahagian barang yang dirampas dalam dua serbuan menumpaskan sindiket dadah
antarabangsa di George Town dan Alor Setar pada Jumaat lalu.


ALOR SETAR - Polis menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa yang didalangi enam warga asing dengan perancang utama adalah warga Belanda dalam dua operasi di sebuah kilang di sini dan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang dijadikan makmal memproses ekstasi dan syabu terbesar pada Jumaat lepas.

Dalam kedua-dua serbuan di makmal dadah itu, polis merampas sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu yang bernilai lebih RM20 juta.

Serbuan serentak pada pukul 5 pagi itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di kawasan perindustrian Mergong di sini dan sebuah rumah di George Town, Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Mergong di sini, polis menahan lima lelaki warga asing iaitu seorang rakyat Belanda, yang merupakan ketua sindiket, dua warga Singapura dan masing-masing seorang dari Perancis dan Britain.

Menurut beliau, seorang lagi rakyat Britain bersama empat rakyat tempatan ditahan di sekitar bandar raya ini susulan serbuan di Mergong itu.

"Seorang lagi lelaki rakyat tempatan ditahan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang turut dijadikan makmal dadah jenis syabu tetapi tidak sebesar makmal di Alor Setar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.

Noor Rashid berkata, dalam kedua-dua serbuan itu, polis berjaya merampas 240 liter cecair dipercayai ekstasi di Alor Setar, 34kg dadah dipercayai syabu di Pulau Pinang) dan pelbagai bahan cecair kimia serta peralatan-peralatan memproses dadah.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments: