Pages

Monday, November 14, 2011

Rakyat bersorak PM Itali berundur



ORANG ramai meraikan peletakan jawatan Perdana Menteri Silvio Berlusconi di Rom semalam.


ROM - Perdana Menteri Silvio Berlusconi meletak jawatan kelmarin disusuli sorakan ribuan orang di sini selepas beliau akur terhadap tekanan pasaran kewangan yang menjejaskan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) termasuk Itali.

Berlusconi menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Giorgio Napolitano sekali gus mencetuskan suasana gembira di ibu kota Itali di sini dengan orang ramai membunyikan hon kenderaan masing-masing. Malah, ramai penduduk keluar menari di jalan-jalan raya.

"Saya amat marah dan kecewa," kata pemimpin berusia 75 tahun itu yang berkuasa di Itali selama 17 tahun kepada wartawan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet buat kali terakhir.

Orang ramai yang berkumpul di luar bangunan Parlimen bersorak 'Badut' dan 'Pergilah Balik!' semasa melihat Berlusconi keluar dari bangunan Parlimen di sini kelmarin.

"Kami semua gembira. Kami sudah tak tahan dengan perangai pemimpin ini (Berlusconi) yang bertindak demi kepentingan peribadi. Masa depan Itali kini lebih cerah tanpa beliau," kata seorang penduduk, Tommaso Romito, 50.

Sementara itu, Presiden Napolitano dijadual bermesyuarat dengan para pemimpin politik Itali malam semalam yang mana beliau dijangka mencalonkan Pesuruhjaya EU, Mario Monti sebagai ketua pentadbiran sementara Itali negara itu mengadakan pilihan raya umum awal tahun depan.

Berlusconi yang sebelum ini terselamat daripada tuduhan rasuah dan skandal seks terpaksa akur terhadap tekanan pelabur supaya meletak jawatan selepas beliau gagal membawa Itali keluar daripada kemelut kegawatan kewangan. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: